Monday, October 27, 2008

Apa ni ayah..??

Sang ayah dan ibu sangat ,marah dan menyesal apabila mengetahui anak perempuan mereka hamil.
"Siapa si bedebah tu,"jerit sang ayah, sedang si ibu menangis. "Suruh dia datang sini!"
Si anak pun telepon le mat yang bertanggungjawab. Setengah jam kemudian sebuah kereta Ferrari merah berhenti di depan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk ke dalam rumah.Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah di hamilinya.

Dia berkata, " Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak akan membenarkan. Bagaimanapun , saya tetap bertanggungjawab atas perbuatan saya. Sekirannya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan, saya akan mewasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo, dan wang berjumlah RM 5 juta. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki, saya akan mewasiatkan untuknya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah banglo, dan wang berjumlah RM 10 juta. Tapi sekiranya anak anda keguguran..apakah yang harus saya lakukan...??

Sang ayah berfikir panjang. Si ibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu, sang ayah berkata..,

"Kalau macam tu, hang cuba le lagi"...
#@!$(*&

hehee..kelakar2u..

No comments: