Tuesday, October 28, 2008

Happy Deepavali...maruku mari...!!!!




Dengan ini, saya pemegang mohor kerajaan sendiri, ingin mengucapkan selamat hari Deepavali kepada semua rakyat malaysia..sama ada yang merayakannya atau pun yang tumpang sekaki merayakannya..hehehe pssst..sapa ada maruku lebih tu..tapau2 la aaa..hehehe






Pandainya..kekeke

Ni kisah satu makhluk yang baru dilantik menggantikan bos asal sebuag kompani besar. Disebabkan masalah pekerja2 yang agak kurang bermotivasi dan selalu cuai dan pemalas, bos bari ni decide nak ajar mereka sikit firstday dia kat kompani tu. So, sape2 yang dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Memang malang tidak berbau, dia ternampak seorang pekerja yang sedang duduk menyandar kat tepi dinding.

"Yang berbaju biru tu," dia menjerit. Jeritan kuat menyebabkan semua pekerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan. "Berapa gaji awak?" dia bertanya dengan nada yang keras . "Dalam RM 800" pekerja itu menjawap.

Bos itu menjawap, " Nah amik ni RM 800, BERAMBUS DARI SINI. KALAU NAK MALAS2 PEGI TEMPAT LAIN" Pekerja itu pun ambik duit tu, lalu terus blah . Bos tadi memandang kesemua pekerja2nya, seperti mereka paham, sape malas, sure kena pecat!! Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas. Sebelum masuk semula kedalam opis nya, dia bertanya kepada salah seorang pekerja di situ,.." Mamat tadi tu kerja kat bahagian mana?"

Dengan selamba si pekerja menjawap.." Owh.., dia tu datang hantar pizza, tak kerja sini pun....."

Monday, October 27, 2008

Apa ni ayah..??

Sang ayah dan ibu sangat ,marah dan menyesal apabila mengetahui anak perempuan mereka hamil.
"Siapa si bedebah tu,"jerit sang ayah, sedang si ibu menangis. "Suruh dia datang sini!"
Si anak pun telepon le mat yang bertanggungjawab. Setengah jam kemudian sebuah kereta Ferrari merah berhenti di depan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk ke dalam rumah.Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah di hamilinya.

Dia berkata, " Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak akan membenarkan. Bagaimanapun , saya tetap bertanggungjawab atas perbuatan saya. Sekirannya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan, saya akan mewasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo, dan wang berjumlah RM 5 juta. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki, saya akan mewasiatkan untuknya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah banglo, dan wang berjumlah RM 10 juta. Tapi sekiranya anak anda keguguran..apakah yang harus saya lakukan...??

Sang ayah berfikir panjang. Si ibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu, sang ayah berkata..,

"Kalau macam tu, hang cuba le lagi"...
#@!$(*&

hehee..kelakar2u..