Saturday, July 26, 2008

Cerita dari kawan...



Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi.... Apalagi,melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat..
hehe..juz cerita lucu ja, tak ada kena mengena kepada sesiapa sama ada
yang masih hidup ataupun yang telah tiada..tapi hakikatnya...arwah bapakku memang garang..huhu

Tuesday, July 22, 2008

happy befday to nana de cute..

ni nana..masa nana masih baby lagi..cute tak nana..ni kenangan abadi buat nana..arwah mummy nana yang dukung nana..."al-fatihah buat mummy nana" (suzzylennah bt sirat)..mummy nana meninggalkan nana untuk selama-lamanya..begitu juga nana sayangkan mummy selama-lamanya...
ni la nana yang sebenar..Siti Nurfadzlinah Binti Mohd. Fadzli.." Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya."


amboi..malu2 lagi sama auntie lina eh..nanti nana dah besar, nana nak jadi apa? hehehe nak jadi cikgu mcm auntie lina ka?..hehe auntie lina doakan, bila nana da besar nanti jadi anak yang baik, hormat daddy n family, taat pada agama dan berjaya di dunia dan akhirat..

Friday, July 18, 2008

Teknik rebonding..

BIHUN VS MEE

Bihun sangat cemburukan mee. Walau duduk di rak
bersebelahan di supermarket, mereka tak pernah bertegur
sapa. Malah bihun sering mempersendakan mee di depan
umum, "Dasar si kuning gemuk... ingat orang suka sangat kat
dialah tu!" hari-hari berlalu... namun mee buat derk aje dengan
segala kerenah dan hinaan bihun.

Sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak mee ke
tempat lain. bihun gembira kerana tidak lagi melihat musuh
tradisinya.

Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak
spaghetti. Bihun rasa marah dah berteriak; "Hoi, si kuning
gemuk! jangan fikir ko buat teknik rebonding camtu aku tak
kenal ko!"

pengajaran :
1) kenapa org lain boleh berubah, tp kenapa kita tidak??
2) jgn menhina org lain kerana ia tidak akan memberi apa2 jua faedah kepada kita.
3) berubahla ke arah positif dan ambil semua penghinaan sebagai satu pendorong dalam menjalani kehidupan.

Paling Bersih

Sepasang suami istri merayakan ulang tahun perkahwinannya
dengan makan malam di sebuah restoran. Ketika mereka
hendak meninggalkan restoran tersebut, mereka ditanya oleh
pemilik restoran yang berdiri di pintu.

Pemilik : "Bagaimana perasaan Anda terhadap hidangan dan
layanan kami?"

Lelaki : "Ada satu perkara yang boleh saya katakan.. Anda
memiliki dapur yang paling bersih di bandar ini."

Pemilik : "Dapur yang paling bersih?... Anda kan tidak pergi ke
dapur. Bagaimana Anda boleh tahu yang dapur kamilah yang
paling bersih?"

Lelaki : "Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau
sabun."

Thursday, July 17, 2008

Tidak akan di hukum..

Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu
yang belum dibuatnya ?
Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan
yang telah dilakukannya.
Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang
diberi oleh cikgu semalam.

Wednesday, July 16, 2008

first time..


This is my lovely little sister...time ni baru nak belajar buat blog ni..so, just nak try2..guna la pic adik sy..hehe nanti kalau da pro, baru la start buat bahan2 yang boleh dijadikan rujukan ataupun berfaedah kepada semua orang..insya Allah...