Thursday, September 18, 2008

Tak sama..

" Mengapa tak seperti kawan sebaya kau??" Seorang atuk tegur cucunya yang tak cemerlang dalam peperiksaan.

Atuk : "Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cucu ini asyik internet, tv, atau main bola. Bila nak belajar??Besar nanti nak jadi apa???"(Atuk marah mcm son-goku tahap ke-3)

Cucu : "Atuk asyk bandingkan cucu dengan kengkawan yang lain. Cucu tak pernah pun marah bila Atuk tak sama seperti kawan-kawan sebaya atuk yang lain."

Atuk : Tak sama apanye??

Cucu : "Kawan-kawan sebaya atuk semua da jadi arwah kan?"

Atuk : @#$%^&^ punya cucu!!!...

Hahaha..cucu sapa la ni..kelakar2u..

Kuda makan rumput..

Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan seorang murid yang paling malas.

Cikgu : "Lukisan apa yang kamu buat nie Abu, kosong jer?"

Murid : Kuda makan rumput, cikgu!!"

Cikgu : " Rumputnya mana?"

Murid : "Sudah habis dimakan kuda cikgu..."

Cikgu : "Habis tu, kudanya mana?"

Murid : " Sudah pergi, cikgu!! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ...!"

Murid tersengih-sengih melihat cikgunya mengaru-garu kepalanya..hehehe

hehehe..kelakar2u..

Faham tak maksud SEMUA??

Suatu hari, sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja kilang wanita sahaja sedang menuju kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung. dalam perjalanan tu, mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas.

Nak dijadikan cerita..ada sorang mamat kat tepi jalan menahan bas tersebut..nak mintak tumpang..jadi bas tu pun berhenti la..tetiba.lebih kurang 6 orang perompak keluar nak merompak bas tersebut..

Sorang perompak berkata..
"Keluarkan dan bagi semua barang kemas yang korang ada..!!! Cepat..!!!"

Seorang pekerja kilang tu membalas...
"..tapi..kami tak bawak barang kemas dan duit kalau pegi kerja..duit pun sikit je.."

Perompak berfikir seketika...
"Ha..gini la..sebab korang takde barang kemas dan duit..kami rogol korang SEMUA..hahahaha..."

Pekerja kilang yang muda berkata...
"Alaaa..takkan makcik yang kat belakang tu nak rogol jugak..tak kesian ker..."

Tetiba.makcik tu berdiri..
"Weh..ko nie tak paham ker...kalau dia cakap SEMUA ...SEMUA la..."

kehkehkeh..kelakar2u..hahaha

Telur oh telur..

Penjual telur di sebuah pasar tradisional.

Pembeli : Dik, telur sekilo berapa?
Penjual : Telur ayam atau telur itik?
Pembeli : Telur ayam.
Penjual : Telur ayam biasa atau telur ayam kampung?
Pembeli : Ayam biasa.
Penjual : Yang tempatan atau yang import?
Pembeli : Yang tempatan.
Penjual : Yang tempatannya mahu yang dari Tuaran, Tamparuli atau Telipok?
Pembeli : Yang dari Tuaran la...
Penjual : Tuaran yang pekan Tuaran, Tuaran tengah, Tuaran Utara atau Tuaran Selatan.???
Pembeli : Adik ni nak jual telur ke nak jalan-jalan?? (mengamuk suda..)
Penjual : Maaf kak, saya jual mee rebus kat sebelah ni..Yang tukang jual telur ni pegi makan, saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

hehehe..lawak2..kelakar2u..

Mayat tersenyum..

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat di sebuah hospital bagi memeriksa punca kematian 3 lelaki sekaligus. Selepas memeriksa ketiga-tiga mayat itu, polis bertanya kepada penjaga bilik mayat berkenaan..

Polis : kenapa ketiga-tiga mayat ini tersenyum?

Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding dan terkena serangan strok, lelaki kedua pula memenangi loteri dan mati akibat serangan jantung. Manakala yang ketiga pula disambar petir.

Polis : Hah? Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

hehehe...kelakar2u..
apa2pun mati dalam happy ending la..hehe

Materialistiknya..huhuhu

Seorang peguam yang sangat kaya memberhentikan Mercedez Benz terbarunya di depan pejabatnya..ketika dia membuka pintu keretanya...sebuah lori melintas terlalu dekat menyebabkan terlanggar dan menerbangkan pintu kereta itu sekaligus menghentam bahagian depan Mercedesnya dengan kuat.

Orang ramai segera datang berkerumun dan melihat peguam itu menjerit-jerit dan menangis dengan histeria sambil menunjukkan ke arah keretanya yang sudah kemek itu.

Beberapa minat setelah dia dapat mengawal emosinya, beberapa orang menggeleng-ge;engkan kepala dan memandang hina kepada peguam itu. Seorang dari mereka berkata " Saya tidak sangka yang sifat materialistik kamu sudah keterlaluan dan mata duitan.Kamu hanya mementingkan harta dan tidak mementingkan benda lain."

"Kenapa engkau berkata demikian?" kata peguam itu.

Lelaki itu menjawab " Tidakkah engkau tahu lengan kiri engkau terputus diseret lori tadi?"

"Ya Tuhan..!!!" jerit si peguam dengan kuat.

"Di mana jam Tangan Rolex saya?!!"

hehehe..kelakar2u..
psstt..lau xde tangan..kat mana nak pakai jam tangan tu..hehehehe

Anda dituduh..

Dalam suatu perbicaraan di mahkamah..Hakim meminta pesalah berdiri untuk diperdengarkan uduhan keatasnya.

"Saudara didakwa membunuh seorang guru dengan menggunakan gergaji". kata hakim.

Dari belakang terdengar seseorang berteriak "kurang ajar!!!"

"Bawa bertenang. Ini mahkamah " bentak hakim.

"Saudara juga didakwa atas tuduhan membunuh seorang penjual akhbar dengan menggunakan pisau..!"

"Celaka...!!! teriak pengunjung tadi.

"Tenang..Bawa bertenang...!!..bentak hakim dengan keras.

"Dan saudara juga dituduh melakukan pembunuhan terhadap seorang posmen dengan menggunakan parang..!!kata hakim.

"Keparat..!!!" kata pengunjung tadi tanpa boleh ditahan.

Dengan geram hakim berkata,
"Jika anda tidak boleh berikan alasan kenapa anda berperangai seperti ini..saya akan perintahkan anda di masukkan ke Hospital Bahagia atas kesalahan menghina mahkamah!"

"Maaf..yang Arif.." pengunjung tadi berkata..
"Saya adalah jiran pesalah..sebenarnya setiap kali saya ingin meminjam gergaji, pisau dan parang...dia selalu cakap..tak ada!

hehe...kelakar2u..